
masuk tahun ni dah 5 tahun perkenalan dan tahun ke lima ni
kami dah mula serious dengan ikat tali pertunangan
memang ikut kan hati ni tak payah tunang sebab sesi perkenalan tu dah mula dari akhir tahun 2004 lagi..
boleh kata makin lama makin kenal la peel
dia ni
memang la tak kenal sepenuh nya, tapi tahu la bila
dia merajuk, marah, sedih semua
dia cinta pertama aku,
dia lah lelaki yang pertama aku
approach..dan
i was approvedhahahaa betapa tak malu nyerr aku
ye larr aku kan kureng cantik sape la nak kat aku nihh...
kata nya masa
dia dapat SMS first dari aku mase
dia tengah kopek durian..
penat aku kenal kan diri aku kat magazine sekolah SEMAIAN tapi
dia tetap tak cam..
teruk tol lah
dia ni..
mase nak amek result SPM aku ditemani kak lang dan abah pergi ke sekolah aku yang terletak di Teluk Intan, Perak..
ermm..tengah aku nak melabuh kan punggung je tetiba aku nampak depan sit aku tu macam aku bese tengok..
ALAMAK,
JA'A!!..
aku tengok handphone cabuk aku, ada message dari
dia,
dia tanya aku naik bas pukul berapa??
aku dengan susah hati menjawab 'tak tahu la..'
bas dah sedia nak bergerak,
aku nampak Zakri naik bas dan jalan menuju ke belakang,dan duduk kat sit depan aku,iaitu
sebelah
JA'A.
ye la dorang kan kawan baik,dah macam abang dan adik
aku dengar
ja'a dan zakri berborak rancak..bukan main menunjuk lagi si
ja'a handphone ENGAGE dia yang mahal tu
tetiba
Ja'a mengaju kan soalan kat zakri
"eh, dalam kelas kau ade tak budak pompuan orang panggil dia Sham?"zakri dengan penuh pelik dan heran menjawab
"ade, kenapa?"ja'a mula bukak cerita dengan penuh girang gembira,siap sebut pasal 3saat percuma untuk pengguna Maxis telah digguna kan sebaik mungkin masa dia contact dengan
Sham tu.
dalam masa yang sama ada tone suara
ja'a yang kurang percaya dengan kewujudan
Sham yang mengacau
ja'a selama ni berkata..
"aku susah nak percaya sebenar nye tapi dia siap bagitau aku kedudukan dia dalam gambar kelas korang tapi susah nak cam la"tambah lak zakri telah menghamburan syak wasangka dengan bertanya
"ye ke, aku rase Sham tu pendiam, kalau betol mane dia dapat nombor kau""
dapat dari majalah Semaian" ja'a cuba menyakinkan zakri
tengah khayal aku dengar perbualan dorang sambil menikmati pemandangan kelapa sawit dengan hati memanjat kesyukuran yang bas ni air-cond dia berfungsi dengan baik,
maka tak perlu aku
menyedut udara dari ladang kelapa sawit yang telah sebati dengan hidung aku mase kat sekolah dulu...
tetiba, aku terima SMS dari
faris, budak kelas PKA1, classmate
ja'a..entah kenapa rajin lak mamat ni SMS aku mase ni
semata-mata nak bagitahu sekolah tu ade acara sukan.. macam la aku tak kan sampai kat sekolah tu kejap lagi dan participate 1500meter lari berpagar wakil rumah KELABU kat sekolah tuu..
dah la aku tengah cuak ni,takut ada yang sedar kehadiran aku dan
meng'kantoi' kan diri ku ini... mesti mamat ni dapat nombor aku dari
dia..
malang nya aku tak menerima satu pun SMS dari
diamana tak nya,
ja'a tengah sibuk berborak dengan
zakri sal Sham
rasa macam nak je cakap
"Korang nak ape dari aku, yang pening-pening sangat ni?"
ja'a dan zakri telah menghentikan topik yang dibincangkan sebab
kalau dorang pikir pun soalan yang bermain dalam pala otak dorang pun sampai Teluk Intan penuh dengan ladang blue berry lak dan bukan lagi kelapa sawit,
confirm dorang tak kan dapat jawapan..
huahahahahahaaa
dalam masa yang sama, aku yang duduk kat belakang dorang ni rasa macam nak ketuk je kepala budak dua ekor ni..
kurang ajar gilerr, ade ke patut mengumpat aku depan-depan..dorang tak nampak ke aku kat belakang ni...
tu je dulu kisah di dalam bas..