Wednesday, November 25, 2009

Tragedi di dalam Bas KL-Teluk Intan


masuk tahun ni dah 5 tahun perkenalan dan tahun ke lima ni
kami dah mula serious dengan ikat tali pertunangan


memang ikut kan hati ni tak payah tunang sebab sesi perkenalan tu dah mula dari akhir tahun 2004 lagi..

boleh kata makin lama makin kenal la peel dia ni
memang la tak kenal sepenuh nya, tapi tahu la bila dia merajuk, marah, sedih semua

dia cinta pertama aku, dia lah lelaki yang pertama aku approach..dan i was approved
hahahaa betapa tak malu nyerr aku

ye larr aku kan kureng cantik sape la nak kat aku nihh...

kata nya masa dia dapat SMS first dari aku mase dia tengah kopek durian..

penat aku kenal kan diri aku kat magazine sekolah SEMAIAN tapi dia tetap tak cam..
teruk tol lah dia ni..

mase nak amek result SPM aku ditemani kak lang dan abah pergi ke sekolah aku yang terletak di Teluk Intan, Perak..

ermm..tengah aku nak melabuh kan punggung je tetiba aku nampak depan sit aku tu macam aku bese tengok..

ALAMAK,JA'A!!..

aku tengok handphone cabuk aku, ada message dari dia,
dia tanya aku naik bas pukul berapa??
aku dengan susah hati menjawab 'tak tahu la..'

bas dah sedia nak bergerak,
aku nampak Zakri naik bas dan jalan menuju ke belakang,dan duduk kat sit depan aku,iaitu

sebelah JA'A.

ye la dorang kan kawan baik,dah macam abang dan adik

aku dengar ja'a dan zakri berborak rancak..bukan main menunjuk lagi si ja'a handphone ENGAGE dia yang mahal tu

tetiba Ja'a mengaju kan soalan kat zakri

"eh, dalam kelas kau ade tak budak pompuan orang panggil dia Sham?"zakri dengan penuh pelik dan heran menjawab

"ade, kenapa?"
ja'a mula bukak cerita dengan penuh girang gembira,siap sebut pasal 3saat percuma untuk pengguna Maxis telah digguna kan sebaik mungkin masa dia contact dengan Sham tu.

dalam masa yang sama ada tone suara ja'a yang kurang percaya dengan kewujudan Sham yang mengacau ja'a selama ni berkata..

"aku susah nak percaya sebenar nye tapi dia siap bagitau aku kedudukan dia dalam gambar kelas korang tapi susah nak cam la"
tambah lak zakri telah menghamburan syak wasangka dengan bertanya

"ye ke, aku rase Sham tu pendiam, kalau betol mane dia dapat nombor kau"
"dapat dari majalah Semaian" ja'a cuba menyakinkan zakri

tengah khayal aku dengar perbualan dorang sambil menikmati pemandangan kelapa sawit dengan hati memanjat kesyukuran yang bas ni air-cond dia berfungsi dengan baik,
maka tak perlu aku menyedut udara dari ladang kelapa sawit yang telah sebati dengan hidung aku mase kat sekolah dulu...

tetiba, aku terima SMS dari faris, budak kelas PKA1, classmate ja'a..entah kenapa rajin lak mamat ni SMS aku mase ni semata-mata nak bagitahu sekolah tu ade acara sukan.. macam la aku tak kan sampai kat sekolah tu kejap lagi dan participate 1500meter lari berpagar wakil rumah KELABU kat sekolah tuu..

dah la aku tengah cuak ni,takut ada yang sedar kehadiran aku dan meng'kantoi' kan diri ku ini... mesti mamat ni dapat nombor aku dari dia..
malang nya aku tak menerima satu pun SMS dari dia

mana tak nya, ja'a tengah sibuk berborak dengan zakri sal Sham

rasa macam nak je cakap
"Korang nak ape dari aku, yang pening-pening sangat ni?"

ja'a dan zakri telah menghentikan topik yang dibincangkan sebab
kalau dorang pikir pun soalan yang bermain dalam pala otak dorang pun sampai Teluk Intan penuh dengan ladang blue berry lak dan bukan lagi kelapa sawit,
confirm dorang tak kan dapat jawapan..

huahahahahahaaa

dalam masa yang sama, aku yang duduk kat belakang dorang ni rasa macam nak ketuk je kepala budak dua ekor ni..
kurang ajar gilerr,
ade ke patut mengumpat aku depan-depan..dorang tak nampak ke aku kat belakang ni...
tu je dulu kisah di dalam bas..