MASA NAK TUNGGU AZAN SUBUH BERKUMANDANG, TV telah aku on dulu, supaya hilang mengantuk
"WOOWWW, cantik nya visual montage TV3 ni,eh,dah nak christmas ke nih??" terdetik dalam hati..
APASAL ada SANTA CLAUS pakai kopiah dan nak macam beca lak kereta SI PAK CIK YANG ALA2 SANTA MELAYU NI??
lepas tu, keluar pulak bunga macam bunga teratai pulak atas bukit..sebelum tu terasa bangga dan rindu pada Teluk Intan, tempat aku mengaji sekolah teknik dulu..mana tak nya, bila cinta berputik dari sana bila aku tengok ada pulak menara CONDONG dalam iklan ni
hairan dan pelik, mana ketupat nya??bila masa pulak masak dodol dalam kelopak bunga??
mana kuali besar yang selalu jadik tempat kacau dodol dan lauk??
LORRR, IKLAN RAYA AIDILFITRI RUPA NYA!!!!SINARI LEBARAN dan sebelah bawah kiri ada bunga teratai gak...CONFIUS NYERR
itu hal yang aku tengok dua minggu yang lepas, dan malam tadi NORA bukak topik pasal penarikan semula iklan tadi tu dan TV3 pohon maaf DAN DITARIK PUN atas respon dari ORANG RAMAI!
KENAPA ADA YANG MELULUSKAN IKLAN INI DI TV??
KENAPA SELEPAS RAMAI YANG KRITIK, PROTES, RESPON DAN MEMBANGKITKAN HAL INI??
seolah-olah tak sensitif dan ada yang tak kena dengan pengurusan di TV3.
bukan mata dan akal aku saja yang menilai benda ini bila tengok iklan tu, bahkan berjuta penonton TV3 yang tengok iklan ini, merasa pelik
jadi macamana pula penilaian mereka yang cerdik pandai di TV3 nun buat meeting, testing dan review iklan ni sebelom ditonton oleh seluruh rakyat MALAYSIA???
OLEH ITU ANDA BUAT, ANDA DAPAT PROTES, ANDA MINTAK MAAF DAN ADAKAH ANDA SEDAR???
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!
No comments:
Post a Comment