setelah empat hari air mata aku ini megalir tanpa henti. Akhirnya perubahan diri aku, telah membuatkan kawan-kawan serumah aku perasan dengan perubahan aku. Malam semalam dorang suruh buat press conference, supaya aku meluahkan apa yang terjadi pada aku yang sebenarnya. Maka, aku terpaksa tahan getaran air mata sebab terharu dan rasa sakit hati tu berdarah kembali.
teringat-ingat mesej azhar kat fesbuk. Ye la, aku lah jahat, dan di jarang nak pikir positif pasal aku. dia terus tanpa usul periksa tuduh aku hack password gmail dia. Astagfirullah, tiada yang baik kah tentang aku. Fesbuk dia pun langsung aku tak on, gmail apetah lagi. Dengan password dia aku tak ingat langsung. Aku bukan dia yang pernah buat tindakan macamtu pada aku sampai aku nak siapkan assignment tergendala disebabkan dia sesuka hati hack password yahoo aku. Tapi aku langsung tak terfikir bahawa dia yang lakukan sampai la dia yang mengaku sendiri.
Geram pun ada, rasa nak terajang je, tapi pikir benda dah lepas dan assignment tu pun tak sempat nak hantar, sebab segala info penting dalam email masa tu, tak de backup. Yang aku bengang dia leh gelakkan aku, then dia kata padan muka, siapa suruh buat pasal. rasa macam tangan aku ringan nak bagi penampar je. jangan la sampai email yahoo aku yang aku letak assignment pown ko nak hack. kata nanti nak menumpang kesenangan aku, tapi ni menyusahkan aku, dan disebabkan perkara tu effect cikit kat markah aku.
redha je la..then apa yang buat aku rasa lawak dan tekad nak say GOODBYE kat dia, bila dia kata sebenarnya dia tak salah pun keluarkan kata-kata ibarat aku menjalang sebab aku yang salah paham. dan kata nya, dia tak akan kata ye kalau aku mintak putus sebab sia yakin satu hari nanti aku akan cari dia dan dia tak nak aku salahkan dia bila sesuatu terjadi pada aku. hurmmm...pening dan naik pala cerita pasal dia.
No comments:
Post a Comment