Wednesday, September 8, 2010

AKU dan PEREMPUAN



Aidilfitri menjelang lagi, bersyukur ke hadrat Illahi, masih meminjankan nyawa pada jasad ini. Harapnya, masih dapat lagi aku menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan tahun hadapan dan tahun-tahun yang berikutnya.

aku semakin keliru dengan diri sendiri. Umurku, 23tahun, adalah tahun yang sesuai untuk melakukan pelbagai ibadah. Namun, sedikit sebanyak, dugaan mengoyahkan imaN. Aku akui, kadang-kadang seronok tengok perempuan-perempuan, gadis-gadis diluar sana cantik dengan rambut yang didandan dan dirapi dengan ada yang meluruskan, meng"kerinting"kan. Mereka nampak cantik dan anggun. Aku tengok diri aku, bila "free hair", huduh dan nampak tak terurus. Tapi aku sangat bersyukur dengan apa yang dianugerahkan Allah ke atas diri aku.

Aku tengok di TV ada yang dilahirkan tanpa tangan, kaki dan macam-macam lagi. Sesungguhnya, aku dilahirkan dengan fizikal dan mental yang sempurna. Ada hikmah bila aku nampak diri aku SERABAI sebab menggalakkan aku bertudung. Aku paham, CAE pun suka tengok aku "free hair", dan dia perlu bersabar sebab andai ada jodoh antara kami, InsyaAllah, setiap hari dia dapat tengok aku berias. Katanya, perempuan nampak seksi jika "free hair". Walallahualam. Tapi pandangan Allah, wanita yang bertutup lagi seksi pada iman nya.

Monday, September 6, 2010

APAKAH NIAT SEBENARNYA??

MASA NAK TUNGGU AZAN SUBUH BERKUMANDANG, TV telah aku on dulu, supaya hilang mengantuk

"WOOWWW, cantik nya visual montage TV3 ni,eh,dah nak christmas ke nih??" terdetik dalam hati..

APASAL ada SANTA CLAUS pakai kopiah dan nak macam beca lak kereta SI PAK CIK YANG ALA2 SANTA MELAYU NI??

lepas tu, keluar pulak bunga macam bunga teratai pulak atas bukit..sebelum tu terasa bangga dan rindu pada Teluk Intan, tempat aku mengaji sekolah teknik dulu..mana tak nya, bila cinta berputik dari sana bila aku tengok ada pulak menara CONDONG dalam iklan ni

hairan dan pelik, mana ketupat nya??bila masa pulak masak dodol dalam kelopak bunga??
mana kuali besar yang selalu jadik tempat kacau dodol dan lauk??

LORRR, IKLAN RAYA AIDILFITRI RUPA NYA!!!!SINARI LEBARAN dan sebelah bawah kiri ada bunga teratai gak...CONFIUS NYERR

itu hal yang aku tengok dua minggu yang lepas, dan malam tadi NORA bukak topik pasal penarikan semula iklan tadi tu dan TV3 pohon maaf DAN DITARIK PUN atas respon dari ORANG RAMAI!

KENAPA ADA YANG MELULUSKAN IKLAN INI DI TV??

KENAPA SELEPAS RAMAI YANG KRITIK, PROTES, RESPON DAN MEMBANGKITKAN HAL INI??

seolah-olah tak sensitif dan ada yang tak kena dengan pengurusan di TV3.

bukan mata dan akal aku saja yang menilai benda ini bila tengok iklan tu, bahkan berjuta penonton TV3 yang tengok iklan ini, merasa pelik

jadi macamana pula penilaian mereka yang cerdik pandai di TV3 nun buat meeting, testing dan review iklan ni sebelom ditonton oleh seluruh rakyat MALAYSIA???

OLEH ITU ANDA BUAT, ANDA DAPAT PROTES, ANDA MINTAK MAAF DAN ADAKAH ANDA SEDAR???

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL!!